Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

“You Touch, You Go” – KPM Tegas Ambil Tindakan Terhadap Guru Terlibat Salah Laku Seksual

ROSTAM, Mohamad Firdaus
18 Apr 2025, 03:27 PM

“you touch, you go” – kpm tegas ambil tindakan terhadap guru terlibat salah laku seksualFoto: Harian Metro

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan pendirian tegas berhubung isu salah laku seksual dalam kalangan warga pendidik dengan melaksanakan polisi “sifar toleransi” terhadap mana-mana kes yang berlaku.

Memetik laporan Harian Metro, Menterinya iaitu Fadhlina Sidek memberi amaran keras bahawa sebarang bentuk gangguan seksual oleh guru atau kakitangan sekolah akan diambil tindakan segera dan tegas.

Menurut beliau, slogan “You touch, you go” bukan sekadar amaran, tetapi mencerminkan kesungguhan KPM untuk memastikan sekolah kekal sebagai tempat yang selamat buat semua murid dan pelajar.

Kenyataan ini hadir susulan penahanan seorang guru lelaki berusia 32 tahun di Johor yang disyaki menghantar pautan lucah kepada rakan sekerja wanita serta melakukan gangguan seksual terhadap beberapa pelajar perempuan.

Dalam pada itu, Fadhlina turut memaklumkan bahawa siasatan sedang dijalankan secara menyeluruh mengikut prosedur yang ditetapkan dan pihak kementerian tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk salah laku.

Dalam usaha lebih meluas membanteras isu ini, KPM turut bekerjasama dengan beberapa kementerian dan agensi berkaitan untuk memperketat kawalan keselamatan digital serta menambahbaik perlindungan terhadap pelajar, termasuk berkaitan kes penyebaran imej lucah berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang menimpa beberapa pelajar perempuan di sebuah sekolah swasta di Kulai, Johor baru-baru ini.

KPM turut menegaskan bahawa sebarang aduan atau laporan berhubung gangguan seksual akan disiasat dengan telus, dan tindakan tegas akan diambil mengikut garis panduan serta undang-undang sedia ada.

Langkah ini memperlihatkan komitmen KPM untuk memastikan semua warga sekolah khususnya pelajar dapat dilindungi daripada sebarang bentuk ancaman seksual, sama ada secara fizikal mahupun digital.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us