
Yonnyboii selamat melangsungkan pernikahannya Bersama pasangan Nik Nazira Narriman di Duchess Place pada 20 November lalu.
Yonnyboii menjelaskan majlis pernikahan yang sepatutnya diadakan pada tahun hadapan itu diawalkan atas permintaan keluarga kerana bimbang mungkin Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan semula.
"Saya menikah sehari selepas Haqiem Rusli yang mana keluarga meminta kami mempercepatkan majlis. Majlis ringkas saja bersaksikan 20 orang ahli keluarga terdekat daripada kedua-dua belah pihak. Tiada niat hendak merahsiakan pernikahan, cuma kami hanya ingin menjaga hati keluarga yang mana jumlah tetamu terpaksa dihadkan. Oleh itu, kami memilih untuk tidak terlalu menghebahkannya.
"Alhamdulillah, semua urusan untuk menikah dipermudahkan dan selesai dalam tempoh sehari saja. Malah, baju nikah kami berdua berjaya disiapkan sehari saja. Sebenarnya keputusan untuk berkahwin ini dibuat tiga hari sebelum tarikh 20 November. Ibu saya yang meminta kami untuk memuat naik gambar di Instagram bagi mengelakkan fitnah. Kata orang, elok dihebahkan urusan perkahwinan," katanya kepada Harian Metro.
.
Sumber Harian Metro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.