Kredit foto: Rotikaya
Ramai yang terkejut melihat perubahan yang berlaku pada Yasin Sulaiman selepas berat badannya menyusut. Ketika ditemuramah, Yassin memberitahu dia menderita penyakit tiroid sejak November yang lepas ketika berada dalam tahanan penjara.Yasin juga tidak mahu masyarakat membuat spekulasi yang ini berpunca dari Jabatan Penjara yang mengabaikan kebajikannya.
"Seperti semua dapat lihat, saya kurus sekarang. Semasa masuk penjara dulu berat badan saya 66 kilogram dan sekarang 48 kilogram. "Saya tidak mahu ada orang berandaian penjara tidak beri makan. Penjara banyak makanan sehingga melimpah ruah dan sebenarnya ramai saja banduan yang gemuk.
Malah dia berterima kasih kepada pihak penjara kerana mengambil berat tentang kesihatannya dengan membenarkan dia menjalani rawatan serta memberikan bekalan ubat.Yasin bakal memfailkan representasi keempat kepada Jabatan Peguam Negara bagi mengkaji tiga pertuduhan kes dadah yang dihadapinya.
Sumber : Harian Metro/ Astro Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.