Pelakon, Norliana Samsuddin atau lebih dikenali dengan nama Yana Samsuddin, telah selamat melahirkan cahaya mata kedua.
Menjengah ke laman Instagram beliau, Yana yang aktif menerusi permainan video streaming, meluahkan rasa syukur dan berterima kasih selepas selamat melahirkan cahaya mata perempuan.
“Assalam korang... alhamdulillah ABC dah selamat lahirkan baby gaming 🤣 & its a girl....
“Thanks semua yang sudi doakan yana & baby selamat dilahirkan...semuanya telah dipermudahkan..” ujar Yana.
Menurut Yana lagi, beliau akan berehat selama 2 bulan daripada sebarang aktiviti kerja termasuklah streaming game, sambil meminta orang ramai memberi sokongan kepada suaminya, Fadzil Zahari yang juga terlibat dalam streaming.
“Yana akan bercuti lebih kurang 2bulan dari event, shooting & game streaming, #EnKetuaRumah @fadzilzahari & @aisymateen akan teruskan stream🎮, support la dia, dia pun kelakar jugak sebenarnya huhu...”
Yana yang kini berusia 36 tahun, sebelum ini melahirkan anak sulungnya, Aisy Mateen, pada 21 Julai 2016.
Sumber: Instagram Yana Samsudin
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.