
Foto: Viva
Dunia hiburan Indonesia kembali hangat apabila dua selebriti popular, Ariel NOAH dan Wulan Guritno, dikaitkan sedang menjalin hubungan cinta.
Spekulasi mula tercetus selepas beberapa foto mereka bersama tersebar luas di media sosial, memaparkan kemesraan yang mencuri perhatian ramai.
Dalam beberapa gambar yang tular, kelihatan Ariel dan Wulan duduk berdekatan, saling tersenyum dan berinteraksi dengan cukup mesra. Aksi mereka itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, yang rata-ratanya terkejut dan pada masa yang sama teruja melihat dua figura berprofil tinggi itu kelihatan begitu akrab.
Meskipun tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh kedua-dua pihak, kebanyakan warganet menyifatkan 'chemistry' antara Ariel dan Wulan sangat ketara. Ada yang sudah mula “shipping” pasangan ini, membayangkan mereka sangat serasi dari segi rupa, status, dan karisma masing-masing. Tak kurang juga yang membandingkan hubungan ini dengan kisah cinta lampau Ariel, yang pernah menjadi topik hangat suatu ketika dahulu.
Foto: Radar Solo
Wulan Guritno, yang juga merupakan seorang ibu dan pelakon senior berbakat, sememangnya tidak asing lagi dengan dunia glamor dan perhatian media.
Sementara itu, Ariel NOAH masih kekal sebagai antara vokalis lelaki paling berpengaruh di Indonesia, dan kisah peribadinya sentiasa menjadi sorotan ramai.
Kemesraan mereka juga menimbulkan persoalan sama ada kedua-duanya sedang bersedia untuk membawa hubungan ini ke tahap lebih serius, ataupun hanya sekadar rakan rapat yang disalah tafsir oleh netizen.
Apapun, keterbukaan mereka dilihat tidak menolak kemungkinan wujudnya hubungan istimewa antara mereka berdua.
Foto: Instagram
Setakat ini, baik Ariel mahupun Wulan memilih untuk berdiam diri tanpa mengesahkan atau menafikan sebarang dakwaan.
Namun begitu, keterujaan peminat terus memuncak, dan ramai menanti jika akan ada pengumuman rasmi atau kenyataan dari mereka dalam waktu terdekat.
Sama ada gosip ini benar atau sekadar khabar angin, yang pasti, gandingan Ariel dan Wulan telah mencetuskan sensasi baru dalam dunia hiburan Indonesia.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.