Pelakon Wawa Zainal akhirnya berjaya menunaikan impian anak keduanya, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa untuk memilik gigi yang cantik.
Menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya, Wawa berkongsi gelagat Hayla ketika melalui proses untuk memasang gigi palsu dan prosesnya sama seperti orang dewasa.
Wawa tidak terlepas merakamkan saat anaknya sedang menjalani proses membuang gigi sebelum dan selepas pembedahan.
“Akhirnya impian Hayla menjadi kenyataan. Cun tak Hayla ada gigi?.
“Macam Attar, Wawa tak pasang gigi memandangkan dia pun dah 8 tahun. Jadi biar je tumbuh sendiri. Hanya buang gigi yang dah rosak sahaja.
“Dan mereka kena ambil GA (ditidurkan) masa pembedahan buang gigi. Alhamdulillah selepas mereka bangun tak ada rasa sakit pun,” katanya lagi.
Isteri kepada pelakon Aeril Zafrel ini juga berkongsi anak-anaknya tidak mempunyai gigi yang cantik, dia pernah dituduh warganet kerana tidak pandai menjaga gigi mereka.
Wawa menasihati kepada para ibu bapa agar tidak berasa kecewa jika anak-anak mereka mempunyai masalah yang sama seperti anaknya.
Terdahulu, Wawa dan suami telah berkahwin pada tahun 2013. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Ahmad Fakhurddin Attar, 8 tahun, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6 tahun dan Aya Soffya, 2 tahun.
Sumber: Instagram Wawa Zainal
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.