Siapa jer tak sedih apabila kita perlu berpisah dengan orang yang kita sayang. Pelakon Wawa Zainal meluahkan rasa sebak ketika menghantar pembantu rumahnya pulang ke Indonesia selepas berkhidmat bersama keluarganya.
Wawa bagaimanapun akui berat hatinya untuk melepaskan ‘bibik’ kesayangannya pulang ke kampung halaman.
“Selamat Jalan Salma, bibik kesayangan ku.
“Sangat berat nak lepaskan orang yang kita sayang.”
“Tapi wawa sedar setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Jaga dirimu. Terima kasih atas semua memori.” katanya di laman Instagram peribadinya.
Sedih dan pilu apabila pembantu rumahnya itu terpaksa melepaskan tiga orang cahaya mata di bawah jagaannya selama ini.
Apa yang menarik perhatian warganet apabila isteri kepada pelakon terkenal Aeril Zafrel menghadiahkan sejumlah wang tunai kepada pembantu rumahnya itu.
Terdahulu, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel mendirikan rumahtangga pada tahun 2012 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Sumber: Instagram Wawa Zainal
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.