Pelakon dan model Nadhir Nasar menjadi tumpuan di media sosial baru-baru ini akibat 'demam' drama bersiri ‘Projek Anchor: SPM’.
Ahmad Nadhir Ahmad Nasar atau mesra disapa Nadhir, dia tidak menyangka watak yang dibawanya akan tular di media sosial.
“Dalam episod enam drama ini, ramai orang buat kompilasi babak saya yang bertukar watak daripada budak baik ke budak jahat.
“Ramai netizen yang marah-marah aku, nak pijak-pijak saya disebabkan aku kantoi kan budak kelas dalam drama tersebut,” katanya.
Memetik laporan Mstar, ramai yang tidak mengenali Nadhir ini kerana dia sering memainkan watak kecil sahaja di dalam drama tetapi itu tidak mematahkan semangatnya.
“Saya banyak berlakon dalam drama sebenarnya tetapi hanya memainkan watak kecil sahaja, dan Projek Anchor SPM ini merupakan drama ketiga saya sebagai watak utama,” ujarnya.
Juara Hero Remaja 2020 ini bersyukur kerana watak yang dibawanya memberikan impak yang sangat besar kepada penonton dan itu juga memberi kepuasan kepadanya.
“Saya sangat-sangat berterima kasih kepada yang menonton dan barisan pelakon pun sangat ‘sporting’ masa berlakon bersama, sangat seronok.
“Watak Hilmi Zulkarnain banyak mengajar saya dan sebagai pelakon saya banyak belajar menghayati skrip dan watak sebelum ke dalam set,” katanya lagi.
Nadhir berharap peminat akan mengenali namanya di industri seni hiburan dan dia juga mahu peminat untuk terus menonton drama bersiri ini yang sedang ditayangkan di Astro Citra.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.