Selepas 14 tahun bergelar ibu tunggal, Wany Hasrita menerima dengan hati terbuka sekiranya jodoh ibunya, Norita Jaafar sampai dahulu.
Menurut Wany, pengorbanan ibunya tak ternilai dan sentiasa mengutamakan anak dalam segala situasi.
"Saya terima jika jodoh ibu sampai dulu. Ini kerana saya tidak mahu ibu tinggal sendirian. Selama ini, ibu berpegang prinsip tidak mahu duduk bersama anak dan menantu," katanya kepada BH Online.
Ibu dan ayah Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 26, telah berpisah ketika usianya 12 tahun.
"Sejak itu, ibu mengutamakan keperluan dan kehendak saya. Ibu bekerja sebagai kerani dan menggunakan segala kudrat bagi memastikan saya menjejakkan kaki ke universiti.
"Namun, kami diuji sekali lagi apabila ibu dibuang kerja lalu kami sekeluarga hilang sumber pendapatan," jelas Wany.
"Sebenarnya, ibu bukan saja harus diraikan setahun sekali. Sebaliknya, setiap hari kerana pengorbanan mereka yang tidak ternilai. Bukan daripada segi wang ringgit, malah tingkah laku dan percakapan dengan ibu juga harus dijaga,"
"Saya berjanji, apabila tiba masa terluang, saya akan habiskan bersama ibu. Ini kerana saya tidak mahu ibu terasa hati kerana mengabaikan perasaannya," katanya.
Sumber: BH Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.