Nurshazwany Hasrita atau lebih mesra dengan nama Wany Hasrita, 27, akan berangkat menunaikan ibadah haji di Tanah Suci, Mekah.
Menurut Wany, beliau menunaikan ibadah haji kali ini bersama rakannya, Amira Othman.
Wany yang mendapat tawaran haji daripada kerajaan Arab Saudi berkata, beliau tidak kisah sekirannya dipanggil hajah sebaik sahaja pulang nanti.
"Sebaik pulang nanti, terpulanglah jika mahu memanggil saya Hajah. Jika tidak, panggil saja Wany Hasrita,", kata Wany pada pemberita.
Terdahulu, Wany memberitahu perancangan awalnya adalah untuk membawa ibu bersama, namun tidak berkesempatan.
Sebaik pulang kelak, Wany juga memberitahu bahawa beliau tidak semestinya meninggalkan dunia seni, tetapi mahu melakukan perubahan sedikit demi sedikit.
Sumber: [1]
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.