Filem James Bond tidak mungkin akan dilakonkan oleh mana-mana wanita, seperti yang dinyatakan oleh penerbit James Bond, Barbara Broccoli.

Sebelum ini, muncul spekulasi yang Daniel Craig dilaporkan akan mengundurkan diri daripada membawa watak James Bond dalam Bond25, dan akan digantikan dengan Idris Elba. Malah, nama pelakon wanita seperti Charlize Theron juga disebut-sebut untuk membawa watak Bond.

“Bond adalah lelaki, watak seorang lelaki. Dia ditulis sebagai lelaki dan akan tetap dilakonkan oleh lelaki. Kita tak perlu tukar watak ini kepada wanita. Hanya perlu cipta watak wanita dan buatkan cerita itu lengkap dengan kehadirannya (wanita)..”
Bond 25 dijangka akan memulakan pengambarannya pada tahun 2019 dan menemui penonton pada 14 Februari 2020.
Sumber: Movieweb
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.