Wani Kayrie, 18, akan menjadi wakil Malaysia dalam program Liga Dangdut Asia di Indonesia, bulan depan.
Dipetik daripada Astro Gempak, penyanyi itu berkata, penglibatannya dalam pertandingan Big Stage baru-baru ini banyak melatih dirinya untuk sentiasa kuat dari segi mental dan fizikal.
Wani Kayrie akan membuat persediaan secukupnya dalam masa terdekat dan akan ke Indonesia bagi mewakili negara dalam pertandingan itu pada 15 Oktober nanti.
Menurut Wani, jika penerimaan genre dangdut diterima baik, beliau akan membawanya ke Malaysia pula.
Sumber: Astro Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.