Penyanyi Wani Kayrie mengakui amat sedih dan dan terlalu rindu kepada keluarganya yang tinggal di Sabah.
Syazwani Abdullah atau mesra disapa Wani, dia tidak dapat membayangkan kesedihan individu yang tidak dapat pulang ke kampung bertemu keluarga sejak tahun lalu.
“Sejujurnya saya sangat keliru dengan apa yang berlaku. Sudah setahun setengah dan tiada perubahan.
“Dua tahun saya tak dapat balik kampung pun sedih apatah lagi semua individu yang tak dapat jumpa keluarga langsung,” katanya.
Penyanyi kelahiran negeri di bawah bayu itu turut meluahkan rasa rindu untuk berkumpul bersama keluarga dan menyambut perayaan Aidilfitri di Sandakan, Sabah.
“Saya hanya rindu untuk berkumpul dengan keluarga di Sabah. Kalau tak Covid, setiap tahun gigih beli tiket mahal-mahal asalkan dapat beraya dekat Sandakan. Siap beli setahun awal tau. Bila lah lagi kan,” ujar Wani.
Sumber: Instagram Wani Kayrie
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.