Penyanyi, pelakon dan pengacara, Wani Kayrie meluahkan rasa syukur setelah hasil titik peluhnya selama ini berhasil setelah mampu membeli sebuah kereta idamannya.
Syazwani Syafirah Abdullah atau mesra disapa Wani tidak mahu berniat untuk menunjukkan tetapi sekadar ‘self-reward’ untuk dirinya yang telah mengumpul wang hampir setahun untuk membeli kereta tersebut.
Kereta mewah bernilai RM192,000 itu akhirnya menjadi satu kepuasan baginya sebagai anak seni yang berhempas pulas mencari rezeki.
“Saya tak niat pun nak tunjuk tapi dia macam puas bila dapat beli kereta idaman guna duit sendiri hasil titik peluh kita kan,” katanya ketika dihubungi Radin di segmen Petang ERA pada Isnin.
Kereta berjenama Mercedes-Benz CLA180 menjadi pilihan anak jati Sabah ini dan dia juga mahu menjadi sumber inspirasi buat peminatnya agar usaha boleh membuahkan hasilnya.
Pelantun lagu Jangan Terlepas Pandang ini juga berterima kasih kepada keluarga dan para peminatnya yang sentiasa menyokong karier sebagai anak seni sehingga sekarang.
Bukan setakat ini sahaja, Wani berharap mahu berusaha lebih lagi untuk dirinya dan keluarga tercinta pada tahun baru 2022 ini.
“Terima kasih atas doa-doa semua, saya berada di tahap ini dan juga kepercayaan untuk bakat saya.
“Saya pun berniat untuk terus membantu perniagaan keluarga saya kat Sabah, jadi untuk besarkan lagi agar mereka di sana, perniagaan lebih berkembang maju,” katanya.
Oleh: Muhammad Izwan Zainal
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.