Selepas penyanyi Yuna, Layla Sania kini berjaya terpapar di papan iklan digital di Times Square, New York, Amerika Syarikat.
Layla yang teruja menyertai kempen Equal yang dianjurkan platform penstriman muzik terkemuka itu berharap lebih ramai pemuzik wanita bangkit melakukan sesuatu yang disukai.
Biarpun terlalu baru dalam industri muzik tempatan, penyanyi berusia 19 tahun ini bersyukur setelah diumumkan menjadi salah seorang artis yang terbabit dalam projek ini.
Penyanyi cilik ini muncul di industri seni dengan single sulungnya berjudul ‘By Your Side’ dalam Bahasa Mandarin, Januari lalu.
Lebih 34 artis turut menyertai kempen tersebut diwakili dari 50 negara di seluruh dunia.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.