Wajah bintang Kpop dan juga anggota kumpulan terkenal BLACKPINK, iaitu Jennie, dilaporkan akan menghiasi ruang angkasa pada 8 Ogos.
Memetik laporan dari Jenniebar, iaitu laman peminat Jennie daripada negara China memaklumkan bahawa mereka akan menunjukkan sokongan kepada artis kesayangan mereka ini pada sebuah satelit Ladybug-1 pada debut ulangtahun ke-4 kumpulan BLACKPINK, iaitu 8 Ogos.
Satelit Ladybug-1 juga akan mengelilingi bumi pada 8 Ogos 2020, tepat 4 tahun selepas penampilan kumpulan BLACKPINK pada 8 Ogos 2016 lalu.
Satu rakaman video juga akan dikongsikan kepada peminat BLACKPINK khasnya Jennie selepas ia dilancarkan ke angkasa.
Dalam perkembangan lain, BLACKPINK juga akan muncul dengan single terbaru mereka pada 28 Ogos nanti. Tak sabarnya!
Sumber: Twitter / Allkpop / Mothership
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.