Penyanyi, Nubhan Ahamad telah menjadi perhatian pengguna media sosial selepas dirakam memarahi isterinya, Dr Afifah Hidayah Tawfek.
Malah, ketika dihubungi selepas video rakaman itu tular, Nubhan meminta ruang untuk bertenang buat seketika, sehingga menimbulkan spekulasi ramai.
Bagaimanapun, Nubhan menerusi video terbaru dilaman Youtube, beliau telah menjelaskan perkara sebenar yang berlaku iaitu ia hanyalah prank sempena ulangtahun mereka yang kelima.

Prank yang dibuat oleh Nubhan dilihat menjadi selepas beliau berlakon memarahi isterinya akibat kehilangan kereta ketika mereka berada disebuah taman.

‘Perbalahan’ itu akhirnya berjaya diredakan tidak lama kemudian, menyebabkan isterinya menangis teresak-esak.

Video yang dikongsikan Nubhan ini nyata mendapat perhatian ramai pengikutnya yang turut mendoakan agar pasangan ini kekal selamanya.
Sweet betul lah!
Sumber: Youtube Nubhan Ahamad
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.