Anggota kumpulan K-Pop popular, Kim Taehyung atau mesra disapa V disahkan positif COVID-19.
Menurut label Big Hit Music, pihaknya memaklumkan berita berkenaan setelah V mendapatkan rawatan di hospital pada pagi Selasa akibat mengalami simptom seperti sakit tekak.
Malah, ujian PCR dilakukan ketika itu dan mengesahkan dia positif COVID-19.
“V telah lengkap divaksin dan tidak menunjukkan sebarang gejala luar biasa selain demam ringan dan sakit tekak. Dia kini sedang menjalani rawatan di rumah sementara menunggu garis panduan lanjut daripada pihak berkuasa kesihatan.
“Anggota BTS yang lain juga merupakan kontak rapat V kerana mereka berjumpa pada Sabtu lalu, tetapi semua lengkap memakai pelitup muka. Mereka tidak menunjukkan sebarang simptom, dan ujian kendiri juga menunjukkan mereka negatif," katanya.
Tambahnya, berita perkembangan itu dimaklumkan selepas tiga anggota BTS, RM, Jin dan Suga disahkan positif COVID dan pulih pada Disember.
Manakala, Jimin telah dibenarkan keluar dari hospital pada 5 Februari selepas dimasukkan ke hospital pada 30 Januari kerana sakit perut dan sakit tekak yang ringan.
Dia disahkan positif COVID-19 ketika itu dan menjalani pembedahan apendisitis akut pada 31 Januari.
"Syarikat meletakkan kesihatan artis sebagai keutamaan dan kami akan melakukan segala yang mampu untuk membantu V agar segera pulih. Kami juga akan bekerjasama dan mengikut garis panduan yang ditetapkan pihak berkuasa," tambah kenyataan itu lagi.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.