Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Uyaina Arshad Undang Rasa Sebak, Berani Kongsi Kisah Sebenar Kematian Bapa Tercinta

Alahai tetiba sebak pula ni Uyaina!
Muhammad Izwan Zainal
24 Jan 2022, 03:00 PM

Pelakon dan pengacara versatil, Uyaina Arshad mengundang rasa sebak pelbagai pihak termasuk keluarga dan peminatnya apabila berkongsi keratan akhbar berita kematian bapanya, Allahyarham Leftenan Komander Arshad Ibrahim.

Menerusi hantaran di laman Instagramnya, Uyaina berkongsi ketika dia berusia lima tahun, arwah bapanya yang berkhidmat dalam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah meninggal dunia hampir 25 tahun dahulu di New Zealand.

uyaina arshad undang rasa sebak, berani kongsi kisah sebenar kematian bapa tercinta

Memetik laporan Kosmo Online, Uyaina tiada niat untuk meraih simpati orang ramai tetapi hanya sekadar berkongsi keratan akhbar kisah sebenar yang dilaluinya selain mempromosikan single pertamanya berjudul Hingga Akhir Waktu bersama suami, Raja Syahiran.

“Sebenarnya keluarga dan rakan rapat memang tahu kisah kehidupan saya, cuma pengikut di Instagram memberi pelbagai reaksi. Ada yang terkejut kerana tidak tahu mengenai perkara tersebut.

“Itu adalah keratan akhbar asli. Sebenarnya keratan akhbar berkenaan tiada dalam simpanan kami tidak tahu hilang ke mana, nasib baik ada kenalan yang simpan dan hantar kepada kami. Jadi, saya selitkan keratan akhbar tersebut video muzik Hingga Akhir Waktu,” katanya.

uyaina arshad undang rasa sebak, berani kongsi kisah sebenar kematian bapa tercinta

Tambahnya, lagu ini sangat istimewa buat dirinya, ibu dan para peminat kerana lirik tersebut ditulis olehnya sendiri dan video muzik lagu tersebut mendapat inspirasi daripada kisah benar cinta ibu dan bapa Uyaina sendiri. 

Watak ibu dan bapa mereka ketika muda dilakonkan sendiri oleh Uyaina dan abang keduanya, Kapten Azameer Uzreem dalam video muzik Hingga Akhir Waktu.

“Kiranya seperti projek keluarga, saya dan abang berlakon sebagai ibu serta bapa ketika muda, manakala anak-anak buah pula membawakan watak kami semasa kecil.

“Lagu dan video muzik ini sangat dekat dengan saya kerana mengangkat kisah cinta ibu dan bapa saya sendiri. Kami juga menyelitkan babak cabaran ibu membesarkan kami empat beradik sebagai ibu tunggal.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by UA (@uyainaarshad)

“Sepanjang 25 tahun, ibu tidak berkahwin lain. Jadi, lagu ini kisah cinta ibu dan arwah suaminya sehingga ke akhir hayat. Ibu menitiskan air mata dan terharu melihat video muzik tersebut ketika dimainkan pada majlis pernikahan saya,” ujarnya.

Namun, single Hingga Akhir Waktu tidak dinyanyikan Uyaina tetapi dia hanya berpuisi.

“Suami mahu saya terlibat dalam lagu ini tetapi saya tidak boleh menyanyi, jadi memadai saya melontarkan puisi sahaja,” katanya.

Sumber: Kosmo Online

Oleh: Muhammad Izwan Zainal
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}