Saidatul Naseha Uyaina binti Arshad atau lebih dikenali dengan nama panggilan Uyaina Arshad merupakan seorang pengacara, pelakon, model, dan usahawan Malaysia.

Beliau yang kini berusia 28 tahun juga aktif di media sosial telah berkongsi satu pesanan ringkas kepada semua wanita diluar sana.

Menurut Uyaina, ramai yang sering melabelkan wanita sebagai pisau cukur sedangkan panggilan itu sebenarnya tidak mengenali jantina.
“Materialistik. Pisau cukur. Kaki kikis. Selalu perempuan kena label macam ini. Sedangkan ‘pengikis’ tak kenal jantina. Perempuan ke, lelaki ke, sama je. Asalkan poket tebal, duit berkoyan, akaun bank banyak kosong; rupa, hati, perasaan, cinta, umur, status -tolak tepi,” ujarnya.
Tambah Uyaina lagi, tidak ada salahnya jika wanita itu mempunyai kerjaya dan pendapatan sendiri dan perlu hidup dalam keadaan yang realistik.
“Sebagai seorang perempuan, hidup kita perlu realistik. Tak salah untuk kita mencari lelaki yang stabil & bertanggungjawab. Kita taknak anak2 kita hidup susah. Pelajaran terabai. Masa depan tak menentu.
“Tapi sebagai seorang perempuan, kita juga harus ada duit poket sendiri. Harus ada sumber pendapatan sendiri. Biar tak banyak tak apa. Asalkan itu kita punya. Kalau2 kita ada teringin apa2, boleh beli sendiri. Kan?
“Doa Yana buat semua perempuan yang bekerja siang malam untuk menanggung diri sendiri dan keluarga. Doa Yana juga buat wanita2 hebat yang menjadi suri rumah. Wanita inspirasi semua.”, tambah Uyaina lagi pada satu hantaran di Instagram.
Nyata perkongsian ini telah mencuri perhatian ramai dan bersetuju dengan apa yang disampaikan oleh beliau, sambil mendoakan kesejahteraan Uyaina agar terus berjaya dimasa akan datang.
Materialistik. Pisau cukur. Kaki kikis. 🥵 Selalu perempuan kena label macam ini. Sedangkan ‘pengikis’ tak kenal jantina. Perempuan ke, lelaki ke, sama je. Asalkan poket tebal, duit berkoyan, akaun bank banyak kosong; rupa, hati, perasaan, cinta, umur, status -tolak tepi. . Hidup ni adalah pilihan. Sesetengah orang pilih cara mudah dalam hidup. Sesetengah orang pulak kerja setengah mati mencari rezeki. Lain orang, lain prinsip hidupnya. . Kalau dari kecik dah di didik; nak sesuatu? Usaha. Bukan setiap kali mintak, tiap kali dapat. Nikmat tau bila kita dapat sesuatu perkara/benda hasil titik peluh sendiri. Tak ternilai perasaannya kan? 😊 . Sebagai seorang perempuan, hidup kita perlu realistik. Tak salah untuk kita mencari lelaki yang stabil & bertanggungjawab. Kita taknak anak2 kita hidup susah. Pelajaran terabai. Masa depan tak menentu. . Tapi sebagai seorang perempuan, kita juga harus ada duit poket sendiri. Harus ada sumber pendapatan sendiri. Biar tak banyak tak apa. Asalkan itu kita punya. Kalau2 kita ada teringin apa2, boleh beli sendiri. Kan? 🤗 . Doa Yana buat semua perempuan yang bekerja siang malam untuk menanggung diri sendiri dan keluarga. Doa Yana juga buat wanita2 hebat yang menjadi suri rumah. Wanita inspirasi semua ♥️ #UyainaArshad #GirlPower #WomenEmpowerment
A post shared by UA (@uyainaarshad) on
Sumber: Instagram Uyaina
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.