Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad, dilihat kini sering menghiasi industri seni tanah air dan beliau sememangnya mampu menambat hati sesiapa sahaja.

Ditanya soal hati adakah dirinya sudah berpunya, gadis berusia 26 tahun ini sebenarnya lebih selesa menyimpan kisah peribadinya daripada tatapan umum.
“Benar, di laman sosial, saya memang tidak mempamerkan tentang kisah peribadi sebaliknya lebih gemar berkongsi mengenai kerja dan keluarga. Bukan apa, saya rasa kisah peribadi bukanlah keutamaan buat masa ini.
“Apapun, saya sedang mengenali seseorang tetapi kami lebih selesa bersikap sederhana. Adakah dia individu yang terlibat dalam industri sama atau tidak, saya tidak mahu menjawabnya,

“Saya bersyukur kerana dia okey apabila dia dapat tahu tentang penyakit saya itu (komplikasi jantung takikardia supraventrikel (SVT) dan injap jantun), bahkan dia juga bersedia untuk menjaga saya.
“Dengan keadaan yang sakit, kita kena cari lelaki yang betul-betul mahu bersama saat susah dan senang bukannya apabila dapat tahu, terus menjauhkan diri. Saya bertuah mengenali dirinya,”, katanya pada Kosmo! Online.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.