Nama Uyaina Arshad cukup dikenali dinegara seberang kerana pernah menjadi pengacara bagi sebuah rancangan realiti disana.
Kini gadis yang berusia 27 tahun yang juga seorang wartawan penyiaran, model, pelakon dan usahawan ini selangkah lagi kehadapan apabila bakal menjadi pelakon di negara tersebut tidak lama lagi.
"Saya telah menerima tawaran untuk berlakon sinetron di Indonesia, saya akan kesana untuk proses penggambaran tidak lama lagi.
"Saya cuak sebenarnya, tapi pada masa yang sama tidak sabar untuk melihat penerimaan peminat di sana nanti.
"Semoga semua yang dirancang ini berjalan dengan lancar, dan saya harap nama saya diterima baik di sana" katanya kepada Gempak.
Terdahulu, Uyaina juga bakal muncul dalam slot Mega Drama: Curi Curi Cinta di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Semoga terus sukses ya Uyaina!
Sumber: Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.