Pelakon, Mira Filzah telah menjawab teka-teki status dirinya apabila beliau mengesahkan hatinya sudah dimiliki seseorang, malah kedua-dua keluarga telah bertemu bagi berbincang mengenai hubungan mereka.
Menerusi Facebook Live pelakon itu bersama Ustazah Asma' Harun, Mira menjawab soalan yang diajukan oleh ustazah Asma mengenai teman lelaki dan pertunangan.
"Iya.. dah berpunya, bertunang? Kiranya tapi sudah berjumpa dan berbincang sesama keluarga," jawab Mira.
Ustazah Asma segera menjelaskan bahawa menurut Islam, persetujuan sesama keluarga merupakan antara tanda ikatan pertunangan sudah terjalin.
"Dalam Islam, kalau dah ada persetujuan itu kira dah bertunang la tu... dah ada ikatan perjanjian persetujuan dengan keluarga cuma mungkin dari sudut adat belum lagi.
"InsyaAllah kita doakan Allah mempermudahkan tahun 2020 ni juga Mira akan bergelar isteri mendirikan rumah tangga... kita sama-sama doakan," kata ustazah.
Klip video berbualan Mira dan ustazah ini menjadi tular dilaman sosial sejak semalam.
Beberapa bulan lalu, tular foto Mira bersama seorang jejaka yang dikenali sebagai Wan Emir, termasuklah sejambak bunga yang dihadiahkan sempena ulang tahun kelahiran Mira baru-baru ini.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.