Penyanyi, Usop meluahkan rasa syukur setelah selamat bernikah dengan gadis pilihan, Nur Fatihah di Kompleks Darul Hidayah, Pulau Pinang pada Jumaat.
Bapa kepada Nurfatihah Md Hashim menjadi wali kepada anaknya untuk acara akad nikah.
Mas kahwin sebanyak RM3,000.00 serta seutas gelang tangan sebagai acara batal air sembahyang.
Malah, hantaran sembilan dulang dari pihak perempuan dan berbalas tujuh dulang dari pihak lelaki bagi majlis penuh keberkatan ini.
Usop dan Nur Fatihah mengikat tali pertunangan pada 4hb Nov 2021. Majlis bagi pihak perempuan akan berlangsung pada malam ini dan majlis resepsi bagi pihak lelaki akan diadakan pada 13hb Feb 2022 di Kulim Kedah.
Usop berterima kasih atas semua doa peminat dan berharap agar mendoakan kebahagian dirinya dan Nur Fatihah sehingga ke anak cucu.
“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta mereka yang terlibat dalam menjayakan majlis ini,” katanya.
“Walaupun usia saya boleh dikatakan masih muda, tapi saya harap dapat membimbing dan memegang tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin.
“Saya ingin menjadi suami yg terbaik buat Fatihah. Ini adalah janji saya kepada keluarga bagi memastikan ikatan ini terus berkekalan,” ujarnya lagi.
Kredit Foto @kakiklikphotography
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.