
Tular ketika ini di laman Twitter apabila seorang wanita mendakwa dia pernah dibuli oleh Uqasha Senrose ketika di zaman persekolahan dulu. Menjawab tuduhan ini, Uqasha berkata dia amat terkejut dan trauma.
"Allahuakbar, Masya-Allah, Subhanallah. Selepas apa yang terjadi pada saya dan suami, ada pula yang fitnah saya sebagai pembuli… Dengan satu gambar itu saya dah di cop sebagai pembuli. Siapa yang tengah buli mental siapa? Dan gambar itu siapa yang ceria?
"Dalam keadaan begini lebih baik saya fokus dengan suami dan diri. Saya masih dalam keadaan terkejut dan trauma apabila difitnah sebagai pembuli," tulisnya dalam satu hantaran di Twitter.
Wanita yang membuat tuduhan itu mengatakan dia dibulu pelakon berkenaan ketika di sekolah menengah sehingga menyebabkan dia truma dan terpaksa berpindah sekolah.
Dalam satu kenyataan yang dimuatnaik oleh Uqasha di laman twitternya, dia menyerahkan kepada pihak polis untuk membuat siasatan dan menyatakan Hasrat untuk berjumpa wanita tersebut.
"Kepada anda yang sudah menabur fitnah teruk, saya akan berjumpa anda. Jangan risau segala maklumat mengenai peribadi anda polis akan jalankan siasatan.
"Allah itu Maha Besar. Anda boleh sekat (block) saya di media sosial tetapi segala bukti perbualan anda kami dah dapat. Dunia ini kecil," katanya
Sumber: Harian Metro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.