Aktres, Uqasha Senrose pernah dikaitkan bercinta dengan pelakon, Ben Amir, kerana mereka pernah kerap memuatnaik foto bersama.
Dipetik daripada Astro Gempak, Ben menafikan mereka bercinta.
"Ya, kami memang mengenali tapi hanya sekadar teman sahaja. Kami pernah melalui proses mengenali hati budi.. Selepas itu, kami rasakan lebih sesuai jika kami hanya bersahabat sahaja.
"Ketika isu ini timbul dulu pun, saya dan Uqasha tak pernah cakap yang kami bercinta, hanya sekadar rapat dan mengenali hati budi masing-masing sahaja,"
"Uqasha seorang rakan yang baik dan saya masih berkawan dengannya. Tiada istilah bergaduh atau bermasam muka kerana kami memang berkawan," katanya.
Sumber: Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.