Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Kartun Malaysia Rapat di Hati, Netizen Filipina Dedah Upin & Ipin Pernah Warnai Zaman Kecil Mereka

ROSTAM, Mohamad Firdaus
24 Dec 2025, 10:10 AM

kartun malaysia rapat di hati, netizen filipina dedah upin & ipin pernah warnai zaman kecil merekaFoto sekadar hiasan

Siri animasi popular Malaysia, Upin & Ipin, rupa-rupanya mempunyai tempat istimewa di hati penonton Filipina dan dianggap sebagai sebahagian daripada kenangan manis zaman kanak-kanak mereka.

Perkara itu menjadi perbualan selepas tular satu video di TikTok yang memaparkan bagaimana kanak-kanak di Filipina membesar dengan menonton animasi berkenaan.

Menerusi teks pada video tersebut, pencipta kandungan itu menyatakan rasa sayangnya terhadap Upin & Ipin sambil menulis,

“OHH VERY GOOD MORNING TEACHAA!!~~ I love this show so much!!”, meniru gaya dan dialog ikonik dalam siri berkenaan.

 

@saccharine05.5 OHH VERY GOOD MORNING TEACHAA!!~~ I love this show so much!!❤️ #upinipin #upinipinofficial #filipino #malaysiatiktok #fyp ♬ original sound - ♡︎ melody ♡︎

 

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen Filipina tampil berkongsi pengalaman sama, mengakui Upin & Ipin merupakan rancangan kegemaran mereka ketika kecil. Ada yang menyifatkan animasi itu sebagai ‘soulmate’ zaman kanak-kanak kerana sering ditonton setiap hari dan meninggalkan kesan mendalam hingga ke hari ini.

Reaksi tersebut turut menarik perhatian warganet Malaysia dan Indonesia yang terkejut mengetahui pengaruh Upin & Ipin melangkaui sempadan bahasa dan budaya. Ramai menyangka animasi itu hanya dekat di hati penonton negara serumpun, namun realitinya ia turut popular dalam kalangan kanak-kanak Filipina.

Lebih menarik, sebahagian netizen Filipina turut berkongsi bahawa selain Upin & Ipin, mereka juga membesar dengan menonton animasi Malaysia lain seperti BoBoiBoy dan Ejen Ali, sekali gus membuktikan karya animasi tempatan berjaya menembusi pasaran antarabangsa.

Fenomena ini menunjukkan bahawa Upin & Ipin bukan sekadar kartun hiburan, sebaliknya menjadi simbol nostalgia dan persahabatan zaman kecil yang menyatukan penonton dari pelbagai negara melalui nilai kehidupan yang universal.

Sumber: TikTok

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us