Instagram Ummi Nazeera
Pelakon manis Ummi Nazeera akhirnya mengesahkan yang beliau telah hamil 4 bulan. Setelah Sembilan bulan mendirikan rumah tangga bersama Dr. Mohd. Izzar Anwari Dato’ Sri Abdul Khan, akhirnya pasangan itu bakal menimang cahaya mata tak lama lagi.
Wow, mesti anak diorang akan comel sebab Ummi Nazeera pun cantik dan suaminya pun manis. Pelakon manis itu bercerita pada Malaysian Digest menyatakan beliau dapat tahu yang sedang mengandung setelah pergi ke klinik untuk merawat luka sewaktu pengambaran.
"Doktor yang merawat saya itu bertanya kepada saya mengandung atau tidak sebelum melakukan imbasan tersebut.
"Kemudian saya menjalani ujian kehamilan terlebih dahulu tetapi hasil keputusan ketika itu masih samar.” Kata Ummi Nazeera.
Dan pasangan itu hanya mengetahui yang Ummi Nazeera hamil selepas ujian kedua. Ummi Nazeera menyatakan kesyukuran yang teramat sangat dn tidak sabar menanti detik bersejarah itu.
Sumber: Malaysian Digest
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.