berita hiburan era Umie Aida Dedahkan Bagaimana Semua Terkedu Dengar Erma Fatima Minta Hantaran Untuk Adik Mereka Betty Rahmad merupakan adik kepada Umie Aida dan Erma Fatima. Editor 09 Feb 2018, 11:50 AM Share Tweet Sumber: Instagram @umieaida9Baru-baru ini telah berlangsung majlis perkahwinan adik kepada Umie Aida dan Erma Fatima iaitu Betty Rahmad yang juga seorang pelakon. Pasangan Betty Rahmad dan suaminya Ardy Damis telah mengikat tali pertunangan selama 5 bulan. Apa yang menariknya, Umie Aida berkongsi di Instagram bahawa mereka sekeluarga dan tetamu yang hadir terkejut dan terkedu apabila Erma Fatima meminta hantaran hanya senaskhah Al-Quran namun yang telah habis dibaca oleh Damis sebagai hantaran untuk adik kesayangannya. Majlis pertunangan 15/9/2017 pihak pengantin lelaki terkedu termasuklah pihak pengantin perempuan , apabila erma cuma minta hantaran senaskah Al Quran yg harus di khatamkan oleh damis. Dan lebih terkedu apabila damis setuju dgn syarat itu. Tetamu pun terkedu. 😁 moral of the story.. erma nak tgk kesungguhan damis dan persediaan damis memikul “tgjwp” sebagai suami kpd adik bongsu kesygan kami. #bettyanddamis #pertunanganA post shared by umieaida (@umieaida9) on Feb 6, 2018 at 9:34pm PSTBetty juga bersyukur dan berterima kasih kepada kedua orang kakaknya yang selama ini membesarkannya dan memberikan sepenuh kasih sayang hingga dia bergelar isteri. Swipe left 👈🏻 (Full video on my youtube -link in bio) Beautiful speech by my sister. Dia lah kakak, dia lah ibu dan dia lah bapa kepada saya. Dia yang dengan rela hati memikul tanggungjawab sebagai kakak sulung dan membesarkan saya dari sekolah rendah sampai ke college. Segala makan, pakai, sekolah saya dia yang tanggung bagi meringankan beban ibu bapa saya. Dia juga yang paling excited bila tahu saya nak kahwin. Kalau ikutkan dia punya excited, sampai 3-4 reception dia nak buat. Sampai ada gaduh jugak la kitorang 😆 Tapi Alhamdulillah dia menghormati keputusan saya untuk buat majlis yg ringkas & combine nikah dan resepsi sekali jalan . Along, terima kasih mendidik & membesarkan Bett hingga menjadi seorang manusia. Kuat & berdikari sepertimu. Sentiasa ikhlas dan bertanggungjawab dalam kerja dan apa jua yg kita lakukan. Terima kasih juga atas permintaan ‘mahar’ yang telah membuka jalan untuk Damis jadi lebih baik dari sebelum ini @ermafatima . Kak umi, terima kasih kerana sentiasa menjadi kawan baik ku dari dulu sampai sekarang. Tempat ku mengadu & berkongsi rasa. Dia juga selalu jadi orang tengah yang pandai selesaikan masalah. Terima kasih juga kerana mengajar ku menjadi seorang yang sentiasa berfikiran positive & bersangka baik @umieaida9 . Syukur YaAllah dikurniakan 2 orang kakak yang sangat bertanggungjawab dan penyayang. Seorang ibu yang berhati mulia. Dan 3 orang abang yang sempoi & anti-social (memang susah nak bergambar dengan dorang) . Dan ku dapat rasakan arwah bapak bangga & happy tengok kita masih bersatu hingga saat ini . Semoga perkahwinan kami diberkati dengan berkat restu dari keluarga yg sangat saya sayangi. Sayang semua sangat sangat ❤️ . Love, Your so-not-little-sister-anymore 😭 #bettyanddamis Video by @illusioniststudioA post shared by ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀Betty Rahmad (@bettyrahmad) on Feb 7, 2018 at 7:56pm PSTTahniah Betty dan suami. Selamat menjalani rumah tangga dan berkekalan hingga ke akhir hayat :) Share Tweet Filled Under : *Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.