Lebih kurang Jam 10 pagi tadi, Mahkamah Syariah Gombak telah mengesahkan penceraian di antara pemuzik, Ude dan isterinya, Intan Liana. Penceraian talak 1 ini menjawab segala spekulasi berkenaan penceraian mereka sebelum ini.
Apabila Intan ditanya adakah anak-anak mereka mengetahui penceraian ini, ini jawapan beliau:
“Diorang kecik lagi… Diorang tak tahu apa-apa…” Jawab Intan dengan tenang.
Buat masa ini kedua-dua anak mereka di bawah jagaan Intan. Selepas ini mereka akan meneruskan untuk segala proses tuntutan.
Sementara itu, Ude pula telah menafikan segala dakwaan yang telah dikeluarkan oleh Intan sebelum ini.
“Saya ingin mengatakan bahawa semua kenyataan itu adalah pembohongan semata-mata kerana dia tahu apa masalah rumah tangga kami dan sebelum wujud orang ketiga…” Jelas Ude di luar mahkamah.
Kami mengharapkan segala permasalahan ini akan selesai segera dan mereka dapat menjalani kehidupan yang baik selepas ini.
Sumber: FB Live Astro Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.