Penyanyi dari kumpulan wanita popular, Nayeon Twice baru-baru ini telah memenangi kes saman fitnah yang telah difailkan oleh ibu bekas kekasihnya.
Nayeon yang popular dengan lagu solonya ‘POP!’ itu telah disaman oleh ibu bekas kekasihnya pada awal tahun ini dengan jumlah yang besar iaitu 600 juta won bersamaan RM2.1 juta.

Bagaimanapun, penyanyi ini telah memenangi kes saman fitnah tersebut selepas didapati tiada bukti yang kukuh terhadap pemulangan wang yang diberikannya dahulu.
Wakil daripada pihak agensinya, JYP Entertainment turut mengeluarkan kenyataan berhubung kes ini.
“Tiada apa yang mahu diperkatakan lagi kerana keputusan itu telah ditetapkan dan ditutup serta ia tidak berkaitan dengan aktiviti seni artis itu. Namun, pihak kami akan mengambil tindakan undang-undang yang tegas keatas kes ini yang mampu merosakkan reputasi artis atau menghinanya menerusi penulisan secara spekulasi.”
Semoga Nayeon dapat kembali aktif dan mengeluarkan karya hebat buat para peminatnya.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.