Kumpulan TWICE dilaporkan akan kembali selepas mereka selesai pengambaran muzik video terbaru mereka.
Dipetik dari portal Allkop, TWICE akan kembali menemui peminat mereka dengan lagu terbaru sekitar bulan November dan kini dalam proses akhir untuk pembikinan lagu serta muzik video.
JYP Entertainment mengesahkan bahawa TWICE sudah selesai pengambaran muzik video terbaharu mereka dan tarikh untuk melancarkan lagu tersebut masih lagi dalam perbincangan.
Lagu terbaru TWICE ini akan menjadi lagu ketiga mereka selepas lagu hits mereka tahun ini iaitu “What is Love?” dan “Dance the Night Away”.
Sumber: Allkpop
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.