Menjadi protokol wajib untuk agensi besar di Korea Selatan untuk melarang artis naungan mereka untuk bercinta dalam tempoh masa tertentu.

Antaranya, kumpulan TWICE yang kini boleh menarik nafas lega apabila tempoh 3 tahun larangan bercinta sudah berakhir pada 20 Oktober lepas.
20 Oktober lepas adalah ulang tahun ke-3 kumpulan itu dan mereka turut melancarkan video pendek untuk album mini keenam mereka berjudul YES or YES.
“Larangan bercinta mereka ditetapkan selama tiga tahun dari tarikh diperkenalkan. Selepas tiga tahun, saya akan belikan makanan buat teman lelaki mereka,”, kata penerbit agensi kumpulan TWICE, Park Jin Young mengenai protokol larangan bercinta berkenaan.
Sumber: HMetro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.