Penyanyi dan ahli kumpulan K-Clique, Tuju mendedahkan isterinya kini sudahpun selamat melahirkan anak sulung mereka dan sedang berpantang di rumah.
Dalam temubual secara live di MeleTOP malam tadi, Tuju juga mendedahkan nama anak sulung mereka yang baru dilahirkan.
Bayi lelaki pasangan berkenaan diberikan nama Bintang Aiko.
“Alhamdulillah, Loca B pun sekarang berpantang di rumah. Selama dua minggu ini tidak dapat bersama anak yang baru lahir”, kata Tuju yang sedang melakukan kuarantin sendiri meskipun ujian swab yang dibuat baru-baru ini adalah negatif.
Dalam masa kuarantin ini juga, Tuju berkata beliau turut menghabiskan masa dengan menulis lagu.
Sumber: MeleTOP
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.