Filem Train to Busan telah menggegarkan panggung dunia pada tahun 2016 dan menjadi pilihan Best Horror Movie of The Year sepanjang tahun.
Filem yang mengisahkan tentang watak ayah, Sok-woo serta anak perempuannya, Soo-ahn, yang dalam perjalanan dari Seoul ke Busan. Namun ketika dalam perjalanan, ramai manusia telah menjadi zombie akibat daripada wabak yang melanda.
Filem yang memberi kesan sangat mendalam kepada penonton seluruh dunia ini dijangka akan memulakan pengambaran bagi Train to Busan 2, dengan pengarah serta penulis skrip, teon Sang-ho, pada tahun 2019. Dipetik daripada Screen Daily, pengarah itu memberitahu:
"Ia adalah sambungan Train to Busan, selepas virus itu tersebar di seluruh Korea, tetapi watak-watak dalam filem ini tidak sama. Ia berkongsi pandangan dunia yang sama dan merupakan filem aksi-zombie yang disambung dari filem Train to Busan. Saya masih menulis skrip, tetapi skala yang lebih besar. "
Sumber: Movieweb
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.