Filem Train To Busan pernah mencipta fenomena tersendiri pada tahun 2016, yang menceritakan situasi zombi apokalips dari Korea Selatan.
Baru-baru ini juga, pengarahnya Yeon Sang-Ho telah berkongsi poster sekuel terbaru filem zombi berkenaan yang lebih berskala besar dan lebih ganas, berjudul 'Peninsula'.
Menurut pengarah terbabit, filem ini nanti bukanlah sambungan cerita dari kisah pertama kerana kali ini wataknya adalah berbeza, namun masih mengekalkan konsep cerita yang sama.
Kisah kali ini lebih kepada kerajaan yang sudah tidak lagi berfungsi dan negara yang hancur selepas jangkitan wabak yang tersebar ke seluruh Semenanjung Korea dan tiada apa lagi yang tinggal.
Peninsula ini nanti akan membawa atak utama seorang bekas askar yang berjaya melarikan diri daripada wabak itu tetapi diberikan misi untuk kembali ke Korea. Maka, beliau perlu menghadapi segala macam bencana di sepanjang perjalanannya itu nanti.
Peminat filem berkenaan dilihat teruja dan tidak sabar menantikan filem ini kerana trailer filem Peninsula yang baru sahaja dimuatnaik dilaman Youtube, sehingga kini sudah mendapat tontonan hampir 500 ribu.
Walaubagaimana pun, masih belum ada sebarang tarikh rasmi untuk tayangan filem berkenaan ekoran daripada pandemik COVID-19 yang masih lagi melanda dunia ketika ini.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.