Bintang filem antarabangsa, Tom Cruise dilaporkan berang dan naik angin selepas krew penggambaran filem baru Mission Impossible tidak menjaga penjarakan fizikal.
Penggambaran yang dilapor dilakukan di Britain telah menyebabkan pelakon berkenaan berang apabila melihat dua orang krew produksi terbabit berada dekat antara satu sama lain.
Dalam satu rakaman audio menunjukkan Cruise menjerit, “Jika saya nampak awak buat lagi, awak berdua akan ‘hilang’. Jika mana-mana krew lakukan perkara sama, siaplah. Awak, dan awak juga, jangan cuba-cuba buat begitu,”
Krew-krew lain dari Warner Bros. Studio seramai lima puluh orang terdiam selepas melihat pelakon berkenaan naik angin. Dua krew yang dimarahi Cruise dikatakan berada pada jarak kurang dua meter antara satu sama lain.
Penggambaran filem terbaru Mission: Impossible 7 sebelum ini terpaksa ditunda ekoran terdapat beberapa orang krew dan pelakon tambahan yang positif COVID-19.
Selepas kembali ke set penggambaran di UK kira-kira dua minggu lalu, Cruise mahu memastikan tiada lagi masalah penundaan pembikinan filem ini, membuatkannya kini lebih berhati-hati.
Filem Mission: Impossible 7 dijangka akan ditayangkan dipawagam pada November tahun hadapan.
Sumber: The Sun
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.