Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Kandungan Sudah Cecah 4 Bulan, Tokti Umum Berita Hamil

Alhamdulillah, tahniah Tokti!
Editor
01 Dec 2020, 03:26 PM

Berita gembira buat semua peminat penyanyi tersohor tanah air, Datuk Sri Siti Nurhaliza apabila penyanyi itu mengesahkan berita kehamilannya yang kini sudah pun mencecah 4 bulan.

kandungan sudah cecah 4 bulan, tokti umum berita hamil

Spekulasi mengenai penyanyi ini hamil anak kedua timbul sejak beberapa minggu lalu, namun ketika itu masih belum ada sebarang pengesahan rasmi daripada penyanyi yang mesra dengan panggilan Tokti.

“Alhamdulillah. Hari ini 1 Disember 2020, saya dan suami membuat pengumuman rasmi mengenai kehamilan saya yang sudah pun berusia 4 bulan.

“Tiada niat untuk berdiam diri selama beberapa bulan ini namun saya dan suami berfikir, apabila tiba waktu yang sesuai, kami tetap akan berkongsi berita ini dengan semua, terutamanya keluarga, saudara mara, sahabat handai, para peminat dan sesiapa sahaja yang mengenali kami.”, ujar beliau di Instagram.

Dikesempatan itu, beliau turut memohon doa daripada orang ramai agar kandungannya ini diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan dihari mendatang.

“Saya memohon doa kalian supaya saya dan bayi di dalam kandungan diberikan kesihatan, dipermudahkan hari-hari saya ke depan ini sehinggalah saat melahirkan nanti.

“Terima kasih sekali lagi kepada kalian yang sangat memahami dan tidak putus mendoakan saya selama ini. Saya amat bersyukur di atas kurniaan Allah ini, anugerah yang sangat berharga kerana saya diberi peluang untuk hamil selepas Siti Aafiyah berusia dua tahun lebih.

“Alhamdulillah. Terima kasih semua dan doakan saya ya!”, ujar Tokti sambil disambut ucapan tahniah di Instagram.

Sumber: Instagram

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us