Dua bintang muzik antarabangsa, Justin Timberlake dan Missy Elliot, telah dianugerahkan ijazah doktor kehormat oleh Berklee College of Music.
Mereka diberi pengiktirafan sedemikian atas pencapaian dan pengaruh mereka dalam muzik, serta impak global yang diberikan.
"Kegagalan bukan satu kegagalan jika ia memacu anda ke arah kejayaan. Ia sebahagian daripada perjalanan hidup.
"Saya harap dapat bertemu dan bekerja dengan anda semua satu hari nanti," kata Timberlake.
Menurut Elliot, tiada istilah terlambat selagi kita masih hidup.
"Anda perlu bersedia untuk menghadapi jatuh bangun kehidupan. Tetapi selagi kita masih hidup, tiada istilah terlambat," kata Elliot.
Berklee College of Music telah menganugerahkan ijazah doktor kehormat sejak tahun 1971.
Antara penerima sebelum ini termasuklah Aretha Franklin, A.R. Rahman, Lionel Richie dan Julio Iglesias.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.