
Foto Hiasan
Dunia menyaksikan satu momen luar biasa apabila Ramadan, Lent dan Tahun Baharu Lunar semuanya bermula dalam tempoh 24 jam antara satu sama lain, sesuatu yang kali terakhir berlaku sekitar 163 tahun lalu!
Lebih mengejutkan, peristiwa unik ini tidak akan berulang lagi sehingga tahun 2189. Ya, lebih satu abad lagi!
Untuk pertama kali dalam lebih satu setengah abad, tiga perayaan keagamaan dan kebudayaan utama dunia bertembung dalam waktu yang hampir sama:
- Ramadan – Bulan suci umat Islam yang menuntut ibadah puasa dan refleksi rohani.
- Lent – Tempoh 40 hari dalam tradisi Kristian sebelum sambutan Easter.
- Tahun Baharu Lunar – Perayaan penting dalam budaya Cina dan beberapa negara Asia yang menandakan permulaan tahun baharu mengikut kalendar lunar.
Walaupun berbeza agama dan budaya, ketiga-tiganya berkongsi tema besar iaitu pembaharuan, disiplin diri dan harapan baharu.

Foto Hiasan
Fenomena ini terjadi kerana ketiga-tiga sambutan menggunakan sistem kalendar berbeza:
- Ramadan mengikut kalendar Islam (Hijrah)
- Lent berpandukan kalendar Kristian (Gregorian dan lunar Easter calculation)
- Tahun Baharu Lunar berdasarkan kitaran bulan dalam kalendar Cina
Gabungan matematik dan astronomi inilah yang menjadikan pertembungan tarikh ini sangat jarang berlaku.
Ramai pemerhati menyifatkan momen ini sebagai simbol indah perpaduan dunia iaitu ketika jutaan manusia daripada latar belakang berbeza serentak memulakan tempoh refleksi, doa dan perayaan.
Media sosial juga dibanjiri ucapan yang menyentuh hati, menggambarkan bagaimana dunia seolah-olah bernafas bersama dalam tempoh 24 jam yang bersejarah itu.
Sama ada anda menyambut Ramadan, menjalani Lent atau meraikan Tahun Baharu Lunar tahun ini mencatat satu detik kosmik yang cukup istimewa.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.