Pelakon, Emma Maembong baru-baru ini berkongsi sepotong video memegang bayi ketika majlis persandingannya awal tahun ini.

Menurut Emma, beliau selalu mengimpikan sebuah keluarga sendiri dan merasa teruja setiap kali mendukung anak kakak atau abangnya yang baru lahir.

“I have always wanted a family of my own. Everytime i hold a newborn baby of my sister or brother mesti akan ada butterflies in my stomach.
“Masa ni after 3 weeks of my nikah i didn’t expect yg i dah pregnant and baru start rasa nausea n pening.
“All i really want to say is Alhamdullilah. We plan, and Allah plans..indeed Allah is the best of planner.❤️” tulis Emma.
Perkongsian Emma di Instagram ini disaksikan oleh ramai peminatnya yang turut tak sabar menantikan ahli baharu dalam hidup mereka sebagai suami isteri.
Terdahulu, Emma Maembong telah bernikah bersama pilihan hatinya, Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari 2020.
Sumber: Instagram Emma
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.