Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Tiga Jenazah Anggota FRU Selamat Dikebumikan Dengan Penuh Penghormatan

ROSTAM, Mohamad Firdaus
14 May 2025, 10:17 AM

tiga jenazah anggota fru selamat dikebumikan dengan penuh penghormatan

Foto: Awani

Suasana hiba menyelubungi upacara pengebumian tiga anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam satu nahas jalan raya membabitkan trak FRU di Jalan Chikus-Sungai Lampam pada pagi Selasa lalu.

Memetik laporan Awani, ketiga-tiga jenazah dikebumikan awal pagi ini dalam suasana penuh hormat dan pilu, disertai ahli keluarga, sahabat handai serta pegawai tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Salah seorang mangsa, Lans Koperal Damarrulan Abdul Latif, 33 tahun, telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kepayang, Ipoh sekitar jam 4.50 pagi. Kehadiran lebih 100 orang termasuk ahli keluarga dan rakan setugas jelas memperlihatkan kasih sayang dan penghormatan terhadap arwah. Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin, turut hadir bagi memberikan penghormatan terakhir dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

Sementara itu, Sarjan Mohd Roslan Abd Rahim, 46 tahun, pula disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Meru, Ipoh pada jam 5.08 pagi. Allahyarham yang berasal dari Jengka, Pahang, meninggalkan seorang balu serta tiga orang anak. Pemergian beliau dianggap satu kehilangan besar, bukan sahaja kepada keluarga malah kepada pasukan keselamatan yang kehilangan seorang anggota berdedikasi.

Jenazah ketiga, Koperal Amiruddin Zabri, 38 tahun, turut dikebumikan awal pagi ini di Tanah Perkuburan Islam Tubong, Gopeng. Sebelum itu, jenazah dibawa pulang ke rumah keluarganya di Kampung Sungai Itek bagi memberi peluang kepada ahli keluarga dan penduduk kampung memberikan penghormatan terakhir. Suasana sedih menyelubungi kediaman keluarga arwah yang kelihatan tabah menerima ujian berat ini.

Sebelum dikebumikan, kesemua sembilan jenazah anggota FRU yang terkorban dalam tragedi tersebut telah diberikan penghormatan terakhir mengikut istiadat rasmi Polis Diraja Malaysia. Istiadat penuh penghormatan itu berlangsung di perkarangan FRU Unit 5, Sungai Senam, Ipoh pada jam 3.46 pagi, dengan kehadiran rakan-rakan setugas serta pegawai kanan PDRM. Majlis tersebut berlangsung dalam suasana penuh tertib, menunjukkan rasa hormat dan penghargaan kepada pengorbanan para anggota keselamatan negara.

Kemalangan tragis ini telah mengundang rasa simpati dan takziah daripada pelbagai pihak, termasuk masyarakat umum dan pemimpin negara yang turut melahirkan rasa dukacita terhadap kehilangan ini. PDRM juga mengesahkan bahawa siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan.

Pengorbanan para anggota FRU ini wajar dikenang dan dihargai oleh seluruh rakyat Malaysia. Mereka gugur dalam menjalankan tugas demi keselamatan dan kesejahteraan negara. Semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan para syuhada dan orang-orang yang beriman.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us