Pelakon yang meningkat naik melalui drama popular High Council, Amir Ahnaf telah menafikan hubungan istimewanya bersama pelakon jelita Anna Jobling.
Umum mengetahui bahwa mereka berdua kini bergandingan dalam penggambaran sebuah drama bersama dan ramai peminat dapat menyaksikan mereka berdua sering membuat konten bersama di sosial media sehingga segelintir peminat mendakwa mereka bersama.

Amir juga turut menerima tuduhan merampas Anna daripada Meerqeen. Amir menegaskan tiada istilah rampas sesiapa dan dia hanya bekerja untuk sebuah watak bersama Anna.
“Apa yang saya nak tegaskan, tiada istilah rampas sesiapa, saya cuma bekerja untuk watak sebagai Farid dalam drama Syurga Itu Bukan Mudah Sahaja”
Dia menjelaskan bahawa hubungan mereka bertiga baik sahaja tetapi ada segelintir peminat yang mengapi-apikan isu ini. Malah Meerqeen juga memberikan kata-kata semangat buat Amir untuk drama bersama Anna ini.
Harap peminat dapat menghormati mereka bertiga.
Sumber Kosmo
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.