Drama sensasi Korea Selatan, Penthouse bakal menemui peminat dengan musim ketiga pada Jun ini.
Pelbagai aksi yang lebih mendebarkan dengan jalan cerita yang luar biasa pasti membuat penonton terpukau dengan drama kali ini.
Penthouse mula ditayangkan pada tahun lalu mendapat perhatian ramai apabila kisah dan jalan cerita drama ini memberikan impak yang bertubi-tubi kepada para penonton.
Cinta, perebutan kuasa, keluarga, emosi dan pelbagai lagi ekspresi yang dilalui para pelakon sehingga membuat penonton tak sabar setiap kali episod baru ditayangkan setiap minggu.
Barisan pelakon tetap masih terdiri daripada Lee Ji Ah, Kim So Yeon, Eugene, Um Ki Joon, Yoon Jong Hoon, Shin Eun Kyung, Bong Tae Kyu, Park Eun Seok, Yoon Joo Hee, dan Ha Do Kwon.
Episod terakhir pada musim kedua menjadi tanda tanya peminat drama itu apabila jalan ceritanya yang tergantung.
Rata-rata warganet juga tidak sabar untuk menonton episod dan musim terbaharu ini untuk mengetahui kisah sebenar dan jalan cerita yang lain daripada yang lain ini.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.