Penyanyi Taylor Swift melakar sejarah sebagai penyanyi wanita pertama menerima Anugerah Ikon Global, pengiktirafan tertinggi anugerah muzik British di Brit Awards 2021, semalam.
Hanya tiga penyanyi sahaja yang pernah diberikan anugerah khas itu sepanjang 10 tahun penganjurannya iaitu Elton John pada 2014, David Bowie (2016) dan Robbie Williams (2017).
Pelantun lagu Mr. Perfectly Fine ini mencipta sejarah bergelar artis bukan kelahiran United Kingdom (UK) yang menerima pengiktirafan itu setakat ini.
Impak global dan pengaruh yang telah dibawanya kepada peminat muzik di seluruh dunia menjadi tunjang penyanyi itu menerima anugerah tersebut.
Malah, kejayaan itu juga turut dibantu di atas penjualan album studionya yang pernah mengungguli carta album UK sebelum ini.
Terdahulu, Taylor pernah memenangi kategori penyanyi wanita solo antarabangsa Brit Awards pada tahun 2015.
Sumber: Billboard
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.