Penyanyi, Taylor Swift merupakan antara selebriti yang dikenali ramai serata dunia. Antara single Taylor Swift yang menjadi kegilaan ramai adalah seperti Love Story, You Belong With Me dan We Are Never Ever Getting Back Together.
Terbaru, penyanyi ini kembali dengan album ketujuhnya dengan menampilkan single baru bertajuk ME! bersama penyanyi Brendon Urie, vokalis kumpulan Panic! at the Disco.
Pengumuman tersebut diumumkan oleh Swift sendiri ketika ditemubual secara langsung di ABC Thursday Night. Terdahulu, Swift sendiri telah berkongsikan beberapa teaser di Instagram, termasuk laman sesawangnya yang kini sudah bertukar warna.
Sumber: GMA
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.