Penyanyi terkenal, Taylor Swift tersenarai sebagai individu paling berpengaruh di laman sosial Twitter di seluruh dunia.

Menerusi laman syarikat risikan pengguna Brandwatch, penyelidikan yang teliti telah dijalankan dan penyanyi itu menduduki tangga teratas mengalahkan pengguna Twitter yang lain.
Malah, pelakon Dwayne Johnson, Leonardo DiCaprio dan bekas Wanita Pertama Amerika Syarikat, Michelle Obama juga tersenarai dalam senarai tersebut.

Selebriti lain seperti Nick Jonas, Nicki Minaj, Beyonce, Louis Tomlinson, Bruno Mars, Liam Payne dan Takafumi Hori juga tersenarai dalam senarai 50 individu paling berpengaruh di Twitter itu.

Tambahan, senarai tersebut terbahagi kepada 61 peratus individu lelaki dan 39 peratus wanita daripada 50 individu yang dinamakan itu.
Sumber: [1]
Oleh: Muhammad Izwan Zainal
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.