Acara beprestij malam Anugerah Grammy telah diadakan dan beberapa kemenangan pada malam tersebut telah melakar sejarah baharu bagi beberapa artis.
Figura terkenal antarabangsa, Beyoncé atau dikenali sebagai Queen B mencipta sejarah tersendiri apabila beliau memecah rekod sebagai artis wanita yang paling banyak memenangi trofi dalam sejarah anugerah Grammy.
Beyoncé memenangi anugerah Grammy yang ke-28 menerusi lagu “Black Parade” dalam dalam kategori Persembahan R&B Terbaik.
Beyoncé turut merangkul anugerah dalam kategori Persembahan Rap Terbaik, yang dikongsi bersama Megan Thee Stallion untuk lagu "Savage (Remix)”, dan kategori Video Muzik Terbaik untuk lagu "Brown Skin Girl," yang dikongsikan bersama anak perempuannya Blue Ivy.
Kemenangan Beyonce sekaligus, memecah rekod penyanyi Alison Krauss yang mempunyai 27 Grammy.
Bukan itu sahaja sejarah yang diukir pada malam tersebut, penyanyi Taylor Swift memenangi Album Terbaik menerusi albumnya, “Folklore” pada Grammy tahun ini.
Dengan kemenangan itu, Swift menjadi penyanyi wanita pertama yang memenangi anugerah Grammy bagi kategori itu sebanyak tiga kali.
Sebelum ini, Swift pernah menang kategori Album Terbaik menerusi album “Fearless” dan “1989”.
Selain itu, Megan Thee Stallion turut menang besar pada malam tersebut selepas dinobatkan sebagai Penyanyi Baru Terbaik.
Anugerah Lagu Terbaik dirangkul oleh lagu “I Can’t Breathe” oleh Dernst Emile II, H.E.R. dan Tiara Thomas.
Billie Eilish turut membawa pulang Anugerah Record Terbaik buat dua tahun berturut-turut. Billie memenangi kategori tersebut dengan lagunya “Everything I Wanted” pada anugerah Grammy tahun ini.
Anugerah Grammy tahun ini dihoskan buat pertama kalinya oleh Trevor Noah di Los Angeles.
Sebahagian anugerah telah diumumkan secara atas talian menerusi siaran maya.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.