Minggu lalu, kecoh dilaman sosial apabila pelawak, Tauke Jambu dikatakan telah melafazkan cerai kepada isterinya, Nadia Mohd Affandi.
Dipetik daripada Awani, Tauke menafikan perkara tersebut dan mengakui ia hanyalah perselisihan faham antara mereka.
"Saya tidak pernah melafazkan cerai terhadap isteri. Macam mana saya ingin berlaku curang sedangkan Nadia mempunyai akses akaun Instagram saya.
"Perselisihan faham ini berlalu apabila ada seorang peminat melihat saya sedang makan beramai-ramai. Kebetulan, duduk di sebelah saya adalah seorang wanita.
"Nadia beranggapan wanita di sebelah saya itu adalah teman wanita saya. Agak-agak logik tak tuduhan itu?
"Ini semua adalah salah faham sahaja, tidak wujud orang ketiga seperti yang dikatakan. Apabila sedang marah, macam-macam tuduhan dilemparkan, tetapi sebagai suami, saya kena sabar.
"Saya sudah menegur Nadia supaya tidak kecoh mengenai hal ini namun perkara belum lagi diselesaikan tetapi kenyataan telah dikeluarkan.
"Kalau boleh, saya ingin menyelamatkan rumah tangga kami,"
Tambah Tauke, Nadia adalah seorang isteri yang kuat cemburu.
"Sebelum ini, sudah beberapa kali Nadia menuduh saya berlaku curang.
"Nadia seorang yang kuat cemburu. Dia tahu tak, sekarang ini dia berkahwin dengan seorang selebriti yang akan bersosial dengan orang ramai.
"Saya anggap isteri saya belum cukup matang. Dia tidak boleh berfikir baik buruk tindakannya," katanya lagi.
Dalam pada itu, Nadia juga telah memuatnaik foto anaknya dan rata-rata netizen juga telah memberikan kata-kata semangat kepada Nadia.
Sumber: Awani / Instagram Nadia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.