Usahawan yang juga bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar, iaitu Mawar Karim baru-baru ini telah mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat selepas memuatnaik foto seakan-akan menggapai tangan seorang lelaki.
Foto yang dikongsikan di Instagram itu seolah memberi bayangan dirinya kini sudah dimiliki oleh seseorang.
“Untuk tahun 2021 saya mahukan lebih cabaran, menjalinkan hubungan dengan orang yang baik-baik, belajar tentang perkara positif dan menjadi lebih kuat,” tulisnya pada status.
Menerusi Instastory, beliau yang kini berusia 32 tahun juga telah menjawab beberapa soalan daripada peminat, terutamanya yang berkaitan dengan jodoh.
“Tiada istilah pengganti dalam hubungan. Bagi saya ia (lelaki) bukan macam baju boleh ditukar ganti.
“Dalam perhubungan bukan mudah nak jumpa soulmate (teman hidup) yang betul-betul ikhlas dengan kita kerana Allah SWT,” kata Mawar.
Beliau juga menjawab soalan sama ada akan kembali kepada bekas suaminya, Fizo Omar, jawab Mawar, “Maaf terlalu peribadi untuk saya jawab. Benda yang dah lepas tidak perlu dipersoalkan lagi.
“Terima kasih kerana sentiasa memahami saya. Wanita kena kuat untuk terus hidup. Hanya yang pernah lalui perkahwinan dan perceraian sahaja yang faham apa yang pernah saya lalui,”
Terdahulu, Mawar Karim dan Fizo Omar telah disahkan bercerai pada Julai 2019.
Sumber: Instagram Mawar Karim / Kosmo!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.